Kuih naik harga tak apa tapi jangan kecilkan saiz!

Ada beberapa jenis kuih termasuk air pelbagai perisa dikhabarkan turut mengalami kenaikan harga.
Ada beberapa jenis kuih termasuk air pelbagai perisa dikhabarkan turut mengalami kenaikan harga.
A
A
A

KURANG seminggu sahaja lagi kita akan melangkah ke bulan Ramadan.

Alhamdulillah, Ramadan pada tahun ini tidak seperti dua tahun sebelumnya. Ia pasti menjadi detik yang ditunggu-tunggu kerana seluruh umat Islam sudah boleh solat jemaah tarawih di surau dan masjid.

Dalam pada itu, Merak Jalanan juga tak sabar menunggu juadah popular yang dijual di bazar Ramadan terutama kuih favourite seperti kuih tepung pelita dan martabak, juga roti john.

Tapi terkejut juga bila baca laporan akhbar yang menyatakan kuih-kuih favourite Merak Jalanan mungkin akan naik harga.

Bukan setakat naik 10 sen atau 20 sen tetapi mungkin sehingga RM1 atau RM2!

Bukan itu sahaja, ada beberapa jenis kuih termasuk air pelbagai perisa dikhabarkan turut mengalami kenaikan harga.

Memang Merak Jalanan faham, dalam situasi semua harga barang naik, peningkatan harga juadah adalah tidak mustahil.

Memang tak dapat nak elak kerana peniaga juga terpaksa tanggung kos bahan mentah yang mahal.

Artikel Berkaitan:

Cuma apa yang Merak Jalanan harapkan biarlah kuih-kuih yang dijual itu nanti sepadan dengan harganya.

Janganlah sebab nak letak harga murah, kuih-kuih yang dijual pun dikecilkan saiznya sampai makan pun rasa tak puas.

Tak salah kalau dijual mahal sedikit tapi saiz juga dibesarkan. Barulah pelanggan puas hati dan datang lagi dan lagi!

Yang penting, pelanggan dan peniaga sama-sama mendapat manfaat terutama di bulan mulia ini.

Kalau nak Ramadan kali ini lebih seronok, jomlah ikut Merak Jalanan buka puasa ala Masjid Nabawi di Dataran Karangkraf, Shah Alam bermula 4 April hingga 2 Mei ini.

Boleh datang sendiri atau datang bersama keluarga. Ayuh kita meriahkan!