Duta AS dipanggil ke Kementerian Luar Rusia

TERJEMAHAN SINAR HARIAN

Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Rusia. - Foto Agensi
Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Rusia. - Foto Agensi
A
A
A

MOSCOW - Duta Amerika Syarikat (AS) ke Rusia telah dipanggil Kementerian Luar Moscow di mana beliau telah diberi amaran bahawa hubungan dua hala negara tersebut di ambang keruntuhan, menurut kenyataan dari Rusia.

Media tempatan Rusia yang memetik kenyataan itu sebagai berkata bahawa kenyataan dibuat Presiden AS, Joe Biden mengenai rakan sejawatannya Vladimir Putin sebagai 'tidak boleh diterima'.

Kenyataan itu diserahkan kepada Duta AS, John Sullivan di mana Biden mengelar Putin sebagai penjenayah perang selepas beliau mengarahkan satu pencerobohan di Ukraine.

"Kenyataan daripada Presiden AS sebagai seorang yang tidak layak bergelar negarawan berpangkat tinggi, meletakkan hubungan Rusia-Amerika diambang keruntuhan," menurut kenyataan kedutaan

"Dalam satu mesyuarat dengan @MFA Rusia, Duta John Sullivan turut menuntut agar kerajaan Rusia mengikuti undang-undang antarabangsa dan kesopanan dengan membenarkan akses konsular semua warga negara AS ditahan di Rusia, termasuk penahanan sebelum perbicaraan.

"Kami telah berulang kali meminta akses konsular kepada warga negara AS yang ditahan dan telah ditolak selama berbulan-bulan. Ia sesekali tidak boleh diterima," tambahnya.

Seorang pemain bola keranjang AS, Brittney Griner telah ditahan hujung bulan lalu ketika beliau cuba menaiki penerbangan ke New York. Pihak berkuasa berkata, beliau memiliki cecair dengan minyak hasyis (ganja).

Walaubagaimanapun, pihak berkuasa Rusia enggan membenarkan pegawai AS mengakses berjumpa Griner. - Agensi

Artikel Berkaitan: