Angka kematian letupan kilang kimia China meningkat 44

Kebakaran dan asap tebal kelihatan susulan letupan di kilang kimia di Yancheng, semalam.
Kebakaran dan asap tebal kelihatan susulan letupan di kilang kimia di Yancheng, semalam.
A
A
A

BEIJING - CHINA. Angka kematian susulan letupan kilang kimia di timur China, meningkat kepada 44 menjadikannya antara nahas industri terburuk dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut pihak berkuasa bandar Yancheng, sekurang-kurangnya 90 yang lain dilapor cedera parah dalam kejadian semalam, letupan terbabit dikatakan begitu kuat hingga mencetuskan gempa bumi kecil, meruntuhkan beberapa bangunan kilang serta memecahkan tingkap kediaman yang terletak beberapa kilometer jauhnya dari lokasi kejadian.

Ratusan pekerja penyelamat termasuk anggota bomba dikejarkan ke premis kejadian kendalian syarikat Tianjiayi Chemical itu, sementara lebih 3,000 orang dipindahkan dari kawasan terbabit.

Pihak berkuasa yang menyiasat punca insiden berkata, sejumlah individu ditahan pihak berkuasa.

Kebakaran dan asap tebal kelihatan susulan letupan di kilang kimia di Yancheng, semalam.
Kebakaran dan asap tebal kelihatan susulan letupan di kilang kimia di Yancheng, semalam.

Sementara itu, penduduk berhampiran mula membersihkan kawasan rumah masing-masing namun, terdapat juga mereka yang meninggalkan terus kediaman mereka.

Asap hitam dilapor masih kelihatan dari loji terbabit, namun pihak berkuasa setempat memaklumkan kebakaran di tiga tangki kimia dan lima kebakaran lain di kawasan terbabit telah berjaya dipadamkan.

Nahas industri sering berlaku di China berikutan penguatkuasaan peraturan keselamatan yang longgar, pada tahun 2015, letupan loji kimia di bandar Tianjin membunuh sekurang-kurangnya 165 orang.- AFP

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Kilang kimia meletup