Lima kereta rosak dihempap pokok

Bomba menjalankan operasi mengalihkan dahan pokok yang menghempap kereta di Ipoh. - Foto ihsan bomba Perak
Bomba menjalankan operasi mengalihkan dahan pokok yang menghempap kereta di Ipoh. - Foto ihsan bomba Perak
A
A
A

IPOH - Sebanyak lima kereta rosak dihempap sebatang pokok tumbang berhampiran restoran makanan segera di Gunung Rapat di sini pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Mohd Azman Husin berkata, seramai 10 anggota bersama dua jentera termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 3.53 petang.

Anggota menggunakan gergaji rantai untuk memotong dahan pokok tumbang yang menghempap kereta di Ipoh. - Foto ihsan bomba Perak
Anggota menggunakan gergaji rantai untuk memotong dahan pokok tumbang yang menghempap kereta di Ipoh. - Foto ihsan bomba Perak

Menurutnya, pemeriksaan mendapati sebatang pokok telah tumbang dan menghempap kereta jenis Proton Waja, Proton Saga BLM, Perodua Myvi, Perodua Bezza dan Honda CRV.

"Pokok tersebut tumbang akibat angin kencang dan hujan lebat di kawasan berkenaan. Kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.

"Anggota bertindak memotong dahan pokok menggunakan gergaji rantai dan mengalihkan dahan ke tempat selamat. Operasi turut dibantu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)," katanya ketika dihubungi di sini.