Saran PBT Melaka sedia kawasan niaga

Sulaiman (dua,kiri) menyampaikan apron kepada salah seorang peniaga di Ley Park Station Dataran Ayer Keroh.
Sulaiman (dua,kiri) menyampaikan apron kepada salah seorang peniaga di Ley Park Station Dataran Ayer Keroh.
A
A
A

MELAKA - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri ini disarankan untuk menyediakan lebih banyak ruang niaga kepada golongan belia dan mereka yang terkesan pandemik Covid-19.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, dengan langkah itu dapat mempertingkatkan ekonomi rakyat dan membantu mereka berdikari serta menjana pendapatan sendiri.

Menurutnya, lokasi Ley Park Station, di Dataran Ayer Keroh bukan sahaja mampu menjadi tarikan baharu di Hang Tuah Jaya malah memberi limpahan rezeki kepada penduduk tempatan.

Katanya, terdapat 90 peniaga di kawasan itu dan 17 daripadanya merupakan mereka yang terkesan dan diberhentikan kerja, namun telah memanfaatkan ruang niaga yang ada untuk peroleh pendapatan sendiri.

Sulaiman (dua,kiri) ketika menyantuni pengunjung di Ley Park Station Dataran Ayer Keroh, di sini, pada malam Ahad.
Sulaiman (dua,kiri) ketika menyantuni pengunjung di Ley Park Station Dataran Ayer Keroh, di sini, pada malam Ahad.

"Ada ketua isi rumah yang sebelum ini terima bantuan tapi hari ini mereka telah berniaga dan keluar dari senarai penerima bantuan.

"Dalam tempoh dua bulan beroperasi ada di antara mereka mendapat jumlah pendapatan memberangsangkan sebanyak RM12,000 hingga RM17,000 sebulan, jadi ada hikmah di sebalik pandemik Covid-19," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Ley Park Station, Pelancaran Bazar Ramadan 2022 dan Sembang Santai bersama Media di Dataran Sejarah Ayer Keroh, di sini, pada malam Ahad.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari dan Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman.

Mengulas lanjut, Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu berkata, pihaknya masih membenarkan orang ramai yang mahu berniaga di depan rumah terutama sepanjang Ramadan ini namun perlulah membuat permohonan kepada PBT.

"Dalam endemik nanti kita bagi (kelonggaran) dan mohon sahajalah kita akan permudahkan," katanya.

Pada program itu Sulaiman turut menyantuni peniaga dan pengunjung yang hadir.