Covid-19: 16,863 kes baharu, 37 kematian dilaporkan

Sebanyak 16,863 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan sekali gus menjadikan jumlah kumulatif 4,138,867 kes di negara ini.
Sebanyak 16,863 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan sekali gus menjadikan jumlah kumulatif 4,138,867 kes di negara ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 37 kes kematian Covid-19 pada Ahad menjadikan angka kumulatif kematian mencecah 34,751 kes.

Menurut laman sesawang CovidNow, enam kematian turut direkodkan di luar fasiliti kesihatan (BID).

Manakala, 233,179 kes aktif termasuk 226,656 menjalani isolasi di rumah, rawatan di hospital (5,192) serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) (1,032).

Seramai 299 pesakit pula ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 187 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Johor mencatat angka kematian tertinggi iaitu 12 kes diikuti Kedah (enam), serta Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor (masing-masing empat kematian).

Selain itu, Pulau Pinang (tiga kematian); Sarawak (dua); dan Perak serta Sabah (satu).

Dalam pada itu, sebanyak 16,863 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan sekali gus menjadikan jumlah kumulatif 4,138,867 kes di negara ini.

Artikel Berkaitan: