Keluarga mangsa nahas pesawat China berkabung

Ahli Majlis Negara China, Wang Yong tunduk semasa acara peringatan yang diadakan di lokasi nahas pesawat China Eastern Airlines mengorbankan 132 mangsa. - Foto Xinhua/Huang Xiaobang
Ahli Majlis Negara China, Wang Yong tunduk semasa acara peringatan yang diadakan di lokasi nahas pesawat China Eastern Airlines mengorbankan 132 mangsa. - Foto Xinhua/Huang Xiaobang
A
A
A

NANNING - Upacara berkabung bagi mengenang mangsa tragedi pesawat China Eastern Airlines yang mengorbankan 132 nyawa diadakan di lokasi nahas pada Ahad petang.

Pasukan penyelamat bertafakur selama tiga minit sambil kedengaran bunyi hon bergema di seluruh kawasan pergunungan di daerah Tengxian, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China.

Selain itu keluarga mangsa turut sama berkabung.

Pesawat Boeing 737 yang berlepas dari Kunming di barat daya China menuju ke Guangzhou, terhempas di kawasan pergunungan daerah Tengxian, Guangxi pada 21 Mac.

"Dengan penuh dukacita, kami mengumumkan 123 penumpang dan sembilan anak kapal pesawat China Eastern Airlines Penerbangan MU5735 telah terkorban.

"Kami amat sedih dengan kehilangan 132 nyawa dan bersimpati kepada keluarga mangsa," kata timbalan komander yang juga timbalan ketua Pentadbiran Penerbangan Awam China, Hu Zhenjiang pada Sabtu.

Sementara itu, seramai 357 ahli keluarga mangsa telah diberikan kaunseling psikologi setakat tengah hari Ahad.

Pasukan bantuan psikologi terdiri 99 profesional itu juga bertanggungjawab memberi kaunseling kepada anggota penyelamat. - Bernama

Artikel Berkaitan: