AS tiada hak buat keputusan terhadap pimpinan Rusia

Dmitry Peskov - Foto AFP
Dmitry Peskov - Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden tidak mempunyai hak untuk membuat keputusan siapa seharusnya berkuasa di Rusia.

“Itu bukan keputusan Biden. Presiden Rusia dipilih rakyatnya sendiri,” kata Peskov memberitahu Reuters ketika ditanya mengenai komen Biden di Warsaw, Poland.

Sebelum ini, Biden dalam ucapannya di Poland menyatakan Presiden Rusia, Vladimir Putin ‘tidak boleh kekal berkuasa’.

Kemudian, Rumah Putih memberi jaminan bahawa ucapan Biden bukan menggesa perubahan pemerintahan di Rusia.

“Maksud Biden ialah Putin tidak boleh dibenarkan menggunakan kuasa ke atas negara jirannya atau wilayah itu,” kata pegawai di Rumah Putih.

“Beliau tidak membincangkan kuasa Putin terhadap Rusia atau perubahan rejim,” tambahnya.

Putin ketika berucap di televisyen pada 24 Februari lalu berkata, sebagai tindak balas terhadap ketua republik Donbass, beliau mengambil keputusan melancarkan operasi ketenteraan khas untuk melindungi ‘mereka yang dianiaya dan pembunuhan beramai-ramai oleh Kiev selama lapan tahun’.

Bagaimanapun, Rusia menegaskan bahawa Moscow tidak merancang untuk menduduki wilayah Ukraine dan tujuannya untuk menstabilkan Ukraine.

Artikel Berkaitan:

Namun, Barat masih mengenakan pelbagai sekatan ke atas Rusia sehingga hari ini. - Agensi