Harga barang di FAMA Negeri Sembilan berpatutan

Bakri Sawir (kiri dari kiri) menyerahkan sumbangan kit ujian kendiri dan pelitup muka kepada pihak pengurusan sekolah berkenaan.
Bakri Sawir (kiri dari kiri) menyerahkan sumbangan kit ujian kendiri dan pelitup muka kepada pihak pengurusan sekolah berkenaan.
A
A
A

JELEBU - Pasar tani dikendalikan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Negeri Sembilan tetap menjadi tumpuan orang ramai mendapatkan barang keperluan apabila hampir RM14 juta nilai jualan usahawan direkodkan.tahun lalu berbanding RM13.5 juta pada 2020.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir berkata, ketika ini terdapat 16 pasar tani FAMA beroperasi di seluruh negeri dengan 553 usahawan menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan.

"Pasar Tani Batu Kikir, Jempol, Paroi Jaya dan Ampangan di Seremban antara tiga pasar tani yang merekodkan jualan tertinggi pada tahun lalu," katanya selepas selesai menyerahkan sumbangan kit ujian kendiri Covid-19 dan pelitup muka kepada empat sekolah di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang, pada Ahad.

Beliau berkata, pada tahun lalu, Pasar Tani Batu Kikir yang mempunyai 101 usahawan mencatatkan jualan RM2.17 juta manakala Paroi Jaya RM2.12 juta membabitkan 97 usahawan serta Ampangan mencatatkan jualan RM2 juta daripada 76 usahawan.

Katanya, harga jualan terutama produk pertanian yang masih murah menyebabkan pasar tani FAMA sudah pasti akan menjadi tumpuan orang ramai.

Dalam perkembangan lain, Bakri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang berkata, empat buah sekolah, masing-masing tiga sekolah menengah dan sebuah sekolah rendah menerima sumbangan kit ujian kendiri dan pelitup muka.

"Setiap sekolah menerima 100 kotak kit ujian kendiri dan 300 keping pelitup muka bagi kegunaan murid, pelajar dan guru.

"Biarpun sekolah berkenaan di bawah tanggungjawab kerajaan pusat, saya turut mempunyai peranan sebagai wakil rakyat DUN Klawang bagi memastikan kesejahteraan murid dan pelajar diberi perhatian.

Artikel Berkaitan:

"Sumbangan pelitup muka diharap dapat membantu pihak sekolah dalam mencegah penularan virus manakala kit ujian kendiri dapat digunakan bagi melakukan ujian pantas keatas mereka yang disyaki sebelum pihak sekolah membuat tindakan selanjutnya," katanya.