X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

'PCCC usah berpolitik'

Norliza
A
A

GEORGETOWN - Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) tidak seharusnya berpolitik sebaliknya menumpukan perhatian kepada perkara berkaitan perniagaan.

Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Datuk Norliza Abd Rahim berkata, kenyataan Presiden PCCC, Hong Yeam Wah yang menafikan masyarakat Cina di negeri itu mengalu-alukan lawatan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Pulau Pinang baru-baru ini dilihat cenderung kepada DAP.

Menurutnya, PCCC tidak mewakili seluruh komuniti perniagaan Cina apatah lagi mewakili seluruh Pulau Pinang.

"PCCC nampaknya hanya mewakili sebahagian kecil daripada pengusaha perniagaan Cina Pulau Pinang yang kaya dan mempunyai hubungan baik.

"PCCC seharusnya tidak berpolitik dan menumpukan perhatian kepada perkara berkaitan perniagaan..Kenyataan PCCC nampaknya menjadi corong DAP," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.

Memetik laporan portal Malaysiakini, Yeam Wah sebelum ini berkata, PCCC tidak mungkin menjemput atau mengalu-alukan Najib yang telah disabitkan kesalahan rasuah ke Pulau Pinang.

Mengulas mengenai perkara itu Norliza berkata, agak mengelirukan apabila PCCC ingin bercakap atas dasar moral tetapi diam sama sekali apabila salah seorang anggota mereka yang ditemui mati sebelum menjadi saksi projek terowong dasar laut berkaitan rasuah membabitkan tender kerajaan.

Katanya, aura Najib dalam masyarakat Cina di Pulau Pinang jelas menyebabkan PCCC dan DAP tidak tidur malam.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!