'Aku sayang kau, Haziq'

Instagram Muhammad Haziq dihujani komen, lahir kesedihan di atas berita pemergiannya.
A
A

AKHIRNYA, berita pemergianmu diketahui seluruh dunia selepas hampir seminggu kami berteka-teki dan berdoa kamu selamat, Muhammad Haziq.

Namun takdir ALLAH mengatasi segalanya. Berita yang diterima, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, antara 50 yang terkorban dalam insiden tembakan rambang di Masjid al Noor Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu, begitu memilukan.

Buat rakan-rakan yang mengenali arwah, perasaan sedih tidak mampu ditahan lagi dan antara medium untuk meluahkan perasaan itu tentunya di media sosial arwah.

Salah seorang sahabatnya, Hafizz Azizi berkongsi di Instagram Story (IG Story) "Aku sayang kau Haziq", tak sangka majlis perpisahan jadi pertemuan terakhir mereka.

"Semoga tenang di sana. Al-Fatihah," tulisnya lagi.

Selain itu, Instagram arwah, @ziqninja terus dihujani dengan komen yang berkongsi kesedihan dengan berita pemergian arwah.

ARTIKEL BERKAITAN:

Haziq, damailah kau di sana...

Wisma Putra sahkan Haziq meninggal dunia

Jenazah Mohd Haziq selamat dikebumi

"Kami akan merindui kamu Haziq. Semoga ALLAH memberi kamu dan yang lainnya Jannah tertinggi," tulis schmoofz

"Aku rindu kau Haziq, hari itu baharu janji nak jumpa kan... Kau rehat, tunggu kami dekat sana," tulis itsareesoo.

"Al- Fatihah... buatmu Haziq pemuda syahid ALLAH," tulis afiqhamazlann pula.

"Walaupun akhir jumpa sekolah rendah, aku masih ingat kau Haziq. Al-Fatihah," tulis alepnbil di ruangan komen pada gambar yang dimuat naik arwah di laman sosialnya sebelum ini.

Muhammad Haziq bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Empat, Bandar Baru Bangi adalah antara 50 mangsa yang terkorban dalam serangan pengganas di dua masjid di New Zealand dan disahkan Wisma Putra, pagi semalam.

Arwah adalah anak kedua Mohd Tarmizi Shuib, 42, yang turut parah dalam insiden berkenaan.