X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Juruteknik mati selepas bergaduh dengan penjaga tokong

Gambar hiasan
A
A

KLUANG - Seorang juruteknik pendingin hawa ditemukan mati dipercayai selepas bergaduh dengan seorang penjaga tokong di sebuah bangunan di Jalan Ampuan, di sini pada malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, pihaknya menerima maklumat melalui talian MERS 999 berkaitan pergaduhan itu pada jam 9.54 malam sebelum polis bergegas ke tempat kejadian.

"Mangsa berusia 45 tahun dipercayai bergaduh dengan seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun yang bekerja sebagai penjaga tokong.

"Motif kejadian dipercayai akibat dendam kerana mangsa dan suspek sebelum ini dipercayai pernah bergaduh.

"Sebaik tiba, polis menemukan seorang lelaki terbaring dengan berlumuran darah dan mangsa disahkan telah meninggal dunia dengan beberapa kesan kecederaan di bahagian badan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, berikutan itu pihak polis telah membuat tangkapan ke atas seorang warganegara tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian itu untuk siasatan.

Hang Seng berkata, sebilah pisau yang dipercayai digunakan sebagai senjata dalam kejadian itu turut dirampas bagi membantu siasatan.

"Selanjutnya pasukan pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dan bantuan Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor telah mengambil beberapa sampel di tempat kejadian untuk siasatan," katanya.

Tambahnya, hasil saringan ujian air kencing yang dijalankan terhadap suspek adalah negatif dan suspek kini direman selama tujuh hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkan di mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi IPD Kluang melalui talian 07-7784222 atau 07-7784256.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!