Kilang kimia meletup

Imej pegun dari rakaman video di Twitter menunjukkan letupan besar di sebuah kemudahan kimia di wilayah Yancheng.
Imej pegun dari rakaman video di Twitter menunjukkan letupan besar di sebuah kemudahan kimia di wilayah Yancheng.
A
A
A

BEIJING - CHINA. Sekurang-kurangnya enam terbunuh dan berpuluh cedera dalam letupan besar menggegarkan timur China, kelmarin.

Ledakan berlaku kira-kira jam 2.50 petang (waktu tempatan) di sebuah kilang dikendalikan Tianjiayi Chemical di Yancheng, wilayah Jiangsu, kata pegawai bandaraya di akaun rasmi Weibo.

Ia merupakan insiden perindustrian terkini yang mengegarkan China beberapa tahun kebelakangan ini.

Ketika letupan berlaku, gempa bumi dengan kekuatan 2.2 magnitud menggegarkan Lianyungang sebuah bandar berhampiran kawasan ledakan letupan di Yancheng.

Rakaman CCTV menunjukkan tingkap rumah kawasan berhampiran berterbangan akibat letupan.

Pandangan udara di kawasan letupan menunjukkan kemusnahan teruk di kawasan perindustrian di mana kebakaran masih berlaku.

Penduduk yang cedera berhampiran tapak letupan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut, menurut pihak berkuasa tempatan.

Kakitangan perubatan dan dari keselamatan awam serta bomba dikerah ke tempat kejadian.

Artikel Berkaitan:

Kemalangan industri adalah perkara biasa di China.

Pada November, trak yang membawa bahan kimia mudah terbakar meletup di pintu masuk kilang kimia di wilayah Hebei yang akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 sehingga membunuh 23 orang dan mencederakan 22 orang lain.

Julai lalu, letupan di sebuah kilang kimia di barat daya wilayah Sichuan menyebabkan 19 orang mati dan 12 cedera. - AFP