Sila log masuk terlebih dahulu.

Pusat hiburan tawar GRO RM150 sejam digempur

Segelintir daripada wanita warga asing tersebut sanggup memanjat ke atas bumbung premis untuk melarikan diri.
Segelintir daripada wanita warga asing tersebut sanggup memanjat ke atas bumbung premis untuk melarikan diri.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah pusat hiburan terkenal yang menawarkan perkhidmatan pelayan pelanggan (GRO) warga asing dengan kadar bayaran RM150 sejam digempur Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dalam satu operasi di Ipoh, Perak pada Khamis lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, serbuan tersebut dijalankan hasil risikan selama hampir sebulan.

"Modus operandi mereka menyasarkan pelanggan tetap sahaja dan membuat tempahan melalui panggilan telefon.

"Pelanggan dikenakan bayaran antara RM800 sehingga RM10,000 mengikut kategori bilik manakala untuk tempahan wanita warga asing bayaran dikenakan sebanyak RM150 sejam," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, semasa serbuan GRO warga asing terbabit cuba melarikan diri dan bersembunyi dalam ruang rahsia yang dibina khas malah ada yang sanggup memanjat siling dan bumbung premis.

Seramai 27 warga asing dan tiga warga tempatan ditahan dalam operasi di sebuah kelab malam terkemuka di Ipoh, Perak pada Khamis lalu.
Seramai 27 warga asing dan tiga warga tempatan ditahan dalam operasi di sebuah kelab malam terkemuka di Ipoh, Perak pada Khamis lalu.

"Terdapat juga pelanggan yang cuba melakukan provokasi dengan membuat bising dan cuba menghalang pasukan melakukan penggeledahan namun tindakan tersebut berjaya dipatahkan.

Khairul Dzaimee berkata, seramai 58 warga tempatan dan 28 warga asing dari pelbagai negara diperiksa dalam serbuan sekitar jam 11.23 malam tersebut.

Artikel Berkaitan:

Katanya, seramai 30 individu ditahan yang terdiri daripada 27 warga asing dan tiga warga tempatan kesemuanya berusia dalam lingkungan 25 hingga 42 tahun.

"Kesemua yang ditahan terdiri daripada 15 orang warganegara China, Vietnam (sembilan), Bangladesh (tiga), dan tiga orang warga tempatan," jelasnya.

Katanya, individu terbabit ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, manakala kesemua pengunjung yang hadir ketika serbuan diberi notis untuk hadir memberi keterangan di pejabat Imigresen.