Rusia dakwa musnahkan simpanan bahan api di Ukraine

Asap tebal dilihat di Kalynivka susulan serangan Rusia ke atas bandar itu. - Foto Reuters
Asap tebal dilihat di Kalynivka susulan serangan Rusia ke atas bandar itu. - Foto Reuters
A
A
A

MOSCOW - Rusia semalam mendakwa berjaya memusnahkan tapak simpanan bahan api tentera terbesar di Ukraine.

Kata Kementerian Pertahanan Rusia, ia menyerang pangkalan di Kalynivka berhampiran Kiev dengan peluru berpandu jelajah kaliber.

Kementerian itu berkata, ia adalah kemudahan simpanan bahan api tentera terbesar Ukraine yang tinggal, membekalkan tentera di bahagian tengah negara probarat itu.

Pengumuman itu dibuat pada hari ke-29 dan disifatkan oleh Moscow sebagai “operasi ketenteraan khas” di Ukraine.

Sejak ia berlaku, beribu-ribu terbunuh dan lebih 10 juta orang kehilangan tempat tinggal dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan ia krisis kemanusiaan terburuk di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.

Kementerian Pertahanan Rusia memaklumkan, sejak permulaan tindakan ketenteraan Moscow di Ukraine, tentera Rusia telah memusnahkan lebih 260 dron, lebih 1,580 kereta kebal dan kenderaan perisai lain dan 204 sistem senjata antipesawat.

Walaupun tentera Ukraine telah menghentikan pencerobohan awal Rusia dan juga melancarkan beberapa serangan balas yang berjaya, terdapat tanda-tanda awal kedua-dua pihak sedang berada dalam perang yang panjang.

Para penganalisis pula melihat ia pertumpahan darah yang tidak dapat dimenangi dengan mudah oleh mana-mana pihak terlibat. - Awani

Artikel Berkaitan: