X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

GP F1 Arab Saudi tetap diteruskan

GP F1 Arab Saudi musim 2021 lalu - Foto F1
A
A

SAINGAN Grand Prix (GP) Formula 1 (F1) Arab Saudi hujung minggu ini tetap akan berlangsung seperti biasa biarpun berlaku insiden serangan kepada fasiliti Aramco berhampiran litar perlumbaan berkenaan, pada Jumaat.

Menurut pihak penganjur, serangan terhadap fasiliti berkenaan mengakibatkan dua tangki minyak stesen produk petroleum di Jeddah terbakar.

Bagaimanapun pihak penganjur berkata, setakat ini tiada sebarang laporan kecederaan atau kemalangan jiwa dibuat berhubung insiden berkenaan.

“Kami menyedari serangan berkenaan dilancarkan terhadap stesen-stesen pembekalan atau pengedaran (petrol) di Jeddah, pada petang semalam (kelmarin).

“Malah serangan itu juga dilihat telah mengakibatkan dua tangki minyak berhampiran dengan litar perlumbaan mengalami kebakaran.

“Bagaimanapun, saingan GP F1 Arab Saudi di Litar Corniche, Jeddah itu akan tetap diteruskan seperti biasa bagi memastikan kesemua pelumba bersedia untuk mengharungi perlumbaan hujung minggu ini,” katanya.

Untuk rekod, GP F1 Arab Saudi kali ini merupakan penganjuran kedua sejak saingan GP Bahrain, 20 Mac lalu.

Sementara itu pihak penganjur (F1) sudah pun menghubungi pihak Arab Saudi berhubung situasi semasa di Jeddah ketika ini.

"Pihak kami (F1), telah berhubung dengan pihak berkuasa dan mereka mengesahkan bahawa perlumbaan kali ini boleh berlangsung.

"Bagaimanapun, ia (perlumbaan) akan diawasi oleh pihak berkuasa dan sekiranya keadaan bertambah buruk, ada kemungkinan perlumbaan akan dibatalkan,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!