99.36 peratus kes baharu Covid-19 kategori satu, dua

Sebanyak 21,700 kes Covid-19 atau 99.36 peratus daripada jumlah keseluruhan 21,839 kes positif harian dilaporkan pada Jumaat merupakan kategori satu dan dua. - Gambar hiasan
Sebanyak 21,700 kes Covid-19 atau 99.36 peratus daripada jumlah keseluruhan 21,839 kes positif harian dilaporkan pada Jumaat merupakan kategori satu dan dua. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 21,700 kes Covid-19 atau 99.36 peratus daripada jumlah keseluruhan 21,839 kes positif harian dilaporkan pada Jumaat merupakan kategori satu dan dua, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, kurang satu peratus iaitu 0.64 peratus atau sebanyak 139 kes Covid-19 yang dilaporkan pada Jumaat dalam kategori tiga, empat dan lima.

"Kes Covid-19 kategori satu yang dilaporkan pada Jumaat adalah sebanyak 9,401 kes, manakala kes kategori dua 12,299 kes.

"Sebanyak 60 kes atau 0.28 peratus dalam kategori tiga, 42 kes (0.19 peratus) dalam kategori empat dan 37 kes (0.17 peratus) dalam kategori lima,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Menurut Dr Noor Hisham, tiada kluster baharu Covid-19 dilaporkan pada Jumaat dan sebanyak 242 kluster didapati masih aktif setakat ini.

Beliau berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau nilai Rt di seluruh negara yang dicatatkan pada Jumaat adalah 0.92 dengan Selangor merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.05, manakala kadar paling rendah dicatatkan di Sabah iaitu 0.63.

Katanya, empat negeri mencatatkan penggunaan katil kes kritikal atau unit rawatan rapi (ICU) melebihi 50 peratus dengan tertinggi di Putrajaya pada tahap 100 peratus.

Tiga lagi negeri mencatatkan penggunaan katil kes kritikal atau ICU melebihi 50 peratus ialah Kuala Lumpur (67 peratus), Johor (55 peratus) dan Selangor (51 peratus). - Bernama

Artikel Berkaitan: