Operasi ketenteraan Rusia di Ukraine diteruskan

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

MOSCOW - Operasi ketenteraan khas di Ukraine akan diteruskan sehingga semua tugasan selesai, lapor Xinhua memetik kenyataan Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Rusia, Dmitry Medvedev pada Jumaat.

"Tugasan itu mempunyai kaitan dengan masa depan Ukraine: status Ukraine sebagai negara berkecuali, negara yang tidak melaksanakan dasar anti-Rusia, bukan negara ketenteraan dan sebagai jiran biasa kita," kata Medvedev.

Rusia melancarkan operasi ketenteraan khas kerana matlamat itu gagal dicapai melalui diplomasi, katanya dalam temu bual dengan agensi berita dan penyiar RT RIA Novosti Rusia.

Tugasan utama untuk peringkat pertama telah selesai, dan potensi tempur Angkatan Tentera Ukraine telah berjaya dikurangkan.

"Rusia akan "memberi tumpuan terhadap perkara utama, pembebasan sepenuhnya Donbass," kata Sergei Rudskoy, timbalan ketua Staf Am Angkatan Tentera Rusia.

Rusia memulakan operasinya pada 24 Februari, hingga mencetuskan kemarahan antarabangsa mengakibatkan Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, dan United Kingdom termasuk negara lain melaksanakan sekatan kewangan ke atas Moscow.

Sekurang-kurangnya 1,081 rakyat Ukraine telah terbunuh manakala 1,707 lagi cedera, menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Angka sebenar korban dijangka lebih tinggi. - Bernama

Artikel Berkaitan: