Covid-19 catat 21,839 kes baharu, 52 kematian direkod

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Jumlah kes harian Covid-19 di negara ini mencatatkan penurunan apabila sebanyak 21,839 kes dilaporkan pada Jumaat, berbanding 24,316 pada Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan akibat wabak tersebut sebanyak 4,101,081 kes.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, 21,552 kes adalah penularan tempatan dengan 287 kes lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

KKM juga memaklumkan sebanyak 52 kematian baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkumpul sebanyak 34,717 orang.

Daripada 52 kes kematian itu, 15 kes merupakan kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID), dengan jumlah keseluruhan BID sebanyak 7,318.

Menerusi portal itu juga, sebanyak 247,065 jumlah keseluruhan kes aktif Covid-19 dilaporkan.

Daripada jumlah tersebut, 239,798 individu atau 97.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah, manakala 1,266 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 5,710 kes dirawat di hospital dan 291 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 188 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 103 lagi memerlukan mesin ventilator.

Artikel Berkaitan: