Kemaraan Rusia di Ukraine, perlahan atau berhati-hati?

Kereta kebal pro-Rusia bergerak di pinggir bandar Mariupol, Ukraine baru-baru ini. - Foto Reuters
Kereta kebal pro-Rusia bergerak di pinggir bandar Mariupol, Ukraine baru-baru ini. - Foto Reuters
A
A
A

GENAP sebulan setelah Rusia melancarkan operasi ketenteraan ke atas Ukraine bermula pada bulan lepas. Serangan Rusia secara umumnya dipacu dari tiga arah iaitu utara (sempadan Belarus), timur (sempadan Rusia dan wilayah pro Rusia) dan selatan (wilayah Crimea).

Setelah berbulan-bulan mengumpulkan tentera dan logistik di sepanjang garis sempadan Rusia-Ukraine, pemerhati dan penganalisis ketenteraan, serta dunia umumnya tertanya-tanya kerana dengan status Rusia selaku kuasa besar nuklear dan militari berpuluh tahun, operasi penawanan Ukraine sepatutnya dilihat lancar.

Tetapi, kemaraan Rusia yang perlahan ini menimbulkan pelbagai persoalan. Propaganda Ukraine dan Barat mengatakan pelbagai masalah di pihak Rusia manakala, adakah Rusia sendiri beroperasi pada kadar sepatutnya.

Kita akan cuba mengupas dan menganalisis dari sudut sisi pandang Barat dan doktrin militari Rusia sendiri.

Setelah sebulan Rusia melancarkan operasi, kita melihat bagaimana doktrin Rusia akan dilaksanakan setelah pelbagai usaha pemodenan tentera mereka masih menggunakan “ Deep Battle” iaitu menyerang musuh dalam medan pertempuran panjang dan berlapis.

Beberapa siri serangan yang serentak dan pelbagai medan, bertali arus atau mana-mana kombinasi, pelbagai arah bagi mengaburi perkiraan serta percaturan musuh.

Kuasa tembak yang banyak, konsisten, berlapis digunakan semaksimum mungkin bagi menyelerakkan pasukan musuh dan mengurangkan tumpuan titik pertahanan mereka.

Doktrin “Deep Battle” memerlukan aset serta jumlah anggota yang ramai, di mana Rusia masih ada kedua-dua elemen ini, selain daripada faktor sempadan yang panjang dan keluasan negara yang terluas di dunia. Doktrin ini akan mengambil masa yang panjang dan tempo operasi yang berlanjutan.

Artikel Berkaitan:

Ini dapat dilihat daripada perkembangan operasi militer Rusia di Ukraine di mana kemaraan Rusia boleh dilihat berhati-hati, grid demi grid, kawasan demi kawasan, dan pengepungan pasukan, bandar Ukraine dilihat berlaku di mana pasukan Ukraine dilihat kukuh.

Rusia melalui doktrin ini sangat menunggu serangan balas Ukraine apabila serangan balas Ukraine kehilangan momentum, Rusia akan menyerang kembali dan melumatkan kemampuan Ukraine untuk menyerang balas.

Adalah penting untuk Rusia bertahan maju dengan perlahan dan terus menerus memastikan garisan logistik dan bekalan dapat dilakukan secara berterusan bagi memastikan objektif mereka tercapai, menekan Ukraine, membawa Ukraine ke meja rundingan.

Walaupun Rusia dilihat bermasalah dalam mengekalkan logistik mereka pada fasa awal, tetapi selaku kuasa besar, mereka pasti dapat menangani perkara ini sedikit masa lagi. Kita boleh lihat kawasan Ukraine yang ditawan masih dalam penguasaan Rusia dan kawasan ini terus bertambah walaupun dengan perlahan.

Ukraine mendapat sokongan dari Barat dan NATO serta Eropah, pelbagai bantuan persenjataan dalam skala yang sangat besar;

Satu persoalan, jika Rusia sangat teruk dan cacamerba dalam operasi mereka, mengapa peta penguasaan Ukraine masih tidak berubah dan Rusia mempunyai kemajuan berdikit-dikit setiap minggu.

Malah, kerugian kempen Rusia secara berterusan ini dilihat lebih memberi kesan terus pada Ukraine kerana peperangan atas tanah sendiri.

Dalam situasi media Rusia disekat dan naratif Barat yang sangat intensif memihak kepada Ukraine, sukar untuk kita melihat secara telus dan dengan pelbagai propaganda, “fog of war” adalah sesuatu yang realiti.

Isu sebegini tidak dapat dilihat secara hitam putih semata-mata. Dapatan analisis seharusnya dicerna agar kita tidak menjadi bidak catur pihak-pihak yang berkepentingan.

Rasional dalam menilai dapat membantu kita memahami isu geopolitik sebagai seorang manusia.

*Muhammad Faiq Bin Shaf’ii ialah penulis bebas dalam bidang geopolitik dan pertahanan