Titipan doa warga SMK Jalan Empat buat Haziq

Gambar Haziq (kiri, bawah) yang dikongsikan di Facebook SMK Jalan Empat.
Gambar Haziq (kiri, bawah) yang dikongsikan di Facebook SMK Jalan Empat.
A
A
A

SHAH ALAM - "Ya ALLAH... Ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya.

Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air, salju dan air sejuk.

Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran.

Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik.

Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.

Semoga roh arwah ditempatkan bersama dengan para nabi, siddiqiin, shuhada dan solihin".

No Image Caption

Demikian bait-bait doa yang dititipkan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi, buat Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang terkorban dalam serangan penjenayah di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand, 15 Mac lalu.

Artikel Berkaitan:

SMK Jalan Empat merupakan sekolah terakhir Haziq sebelum dia sekeluarga berpindah ke New Zealand.

"Salam takziah buat keluarga arwah Muhammad Haziq," coretan terakhir SMK Jalan Empat di laman Facebook, hari ini.

Muhammad Haziq merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang terkorban dalam serangan ketika solat Jumaat itu.

Sebelum itu, Muhammad Haziq gagal dikesan selepas kejadian berkenaan.

Kejadian itu turut menyebabkan ayahnya, Mohd Tarmizi Shuib cedera.