Wartawan Sinar Harian terima penghargaan polis

Shafien (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Hazelen Liana sempena sambutan Hari Peringatan Polis ke-215 Kontinjen Kelantan di IPK, di Kota Bharu pada Jumaat.
Shafien (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Hazelen Liana sempena sambutan Hari Peringatan Polis ke-215 Kontinjen Kelantan di IPK, di Kota Bharu pada Jumaat.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan menyerahkan surat penghargaan kepada dua wartawan Sinar Harian sempena sambutan Hari Polis Ke-215 yang disambut pada Jumaat.

Ketua Wartawan Sinar Harian Kelantan, Hazelen Liana Kamarudin menerima surat penghargaan itu daripada Ketua Polis negeri, Datuk Shafien Mamat di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan.

Sementara Adila Sharinni Wahid menerima surat penghargaan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok yang disampaikan oleh Ketua Polis, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaludin.

Surat penghargaan itu diberikan sebagai tanda terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang jitu serta berterusan Sinar Harian kepada pihak polis di negeri ini.

Hazelen Liana berkata, surat penghargaan memperkukuhkan lagi hubungan antara Sinar Harian dengan pihak polis.

"Saya mewakili Sinar Harian Kelantan menzahirkan ucapan terima kasih kepada Polis Kelantan di atas penghargaan ini.

"Jalinan erat ini secara tidak langsung dapat membantu pihak kami menghebahkan berita dan maklumat daripada pihak polis kepada masyarakat secara lebih tepat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Siti Zubaidah (kanan) turut menerima sijil penghargaan sempena Peringatan Hari Polis ke-215 di IPK Kedah pada Jumaat.
Siti Zubaidah (kanan) turut menerima sijil penghargaan sempena Peringatan Hari Polis ke-215 di IPK Kedah pada Jumaat.

Menurutnya, ia secara tidak langsung dapat mengelakkan penyebaran maklumat kurang tepat kepada masyarakat.

Beliau berkata, maklumat yang sahih penting dalam memastikan keharmonian negara terus stabil.

Sementara itu, turut menerima sijil penghargaan sempena sambutan Hari Polis ke-215, wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya yang menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad di IPK Kedah, Alor Setar pada Jumaat.

Dalam majlis sama, seramai 58 orang awam dan polis diraikan serta menerima surat penghargaan daripada Wan Hassan.