X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

'Janji Najib tidak boleh dipercayai'

Najib (kiri), Steven Sim
A
A

GEORGETOWN - Janji yang dibuat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini tidak boleh dipercayai kerana ia dilihat hanya janji kosong.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkata demikian ketika diminta mengulas janji Najib terhadap ekonomi komuniti Cina sekiranya Barisan Nasional kembali berkuasa memerintah negara.

Beliau yang juga Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP berkata, sebagai individu yang disabitkan di mahkamah di atas tuduhan pecah amanah, janji Najib disifatkan sebagai tidak boleh dipercayai.

"Apa yang beliau janjikan selama ini, hanya janji kosong. Janji orang yang disabitkan di mahkamah di atas tuduhan pecah amanah ini, dengar boleh, percaya jangan. Langsung tidak boleh dipercayai.

"Masalah janji Najib ini, di Melaka dia janji lain, apabila menang, buat lain pula. Sama juga di Johor, dia janji lain, bila menang, pun lain (dibuatnya).

"Sekarang dia (dan Barisan Nasional) sudah jadi kerajaan Pusat, apa yang dia janji nak buat, buat lah sekarang. Apa yang kita nampak, tiada apa-apa yang dia buat pun," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Pada Jumaat, Najib menjadi pemberi ucaptama pada Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan Pulau Pinang (Pibis) di Spice Arena di Bayan Baru, di sini, yang turut menyentuh berkaitan politik ditujukan buat komuniti Cina.

Najib menyatakan, sekiranya Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa dengan pelbagai kaum BN yang kuat serta majoriti kukuh, beliau memberi jaminan pasaran saham akan kembali rancak dan pelabur asing akan memilih negara Malaysia.

Ahli Parlimen Pekan itu turut memberi gambaran masa depan Pulau Pinang akan lebih terjamin sekiranya BN memimpin negeri itu malah turut menyerang DAP dan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah Pulau Pinang sejak 2008.

Tambah beliau, sudah tiba masanya penduduk Pulau Pinang berfikir semula tentang masa depan negeri tersebut.

Dalam pada itu, Steven Sim berkata, DAP dan Pakatan Harapan (PH) akan terus bekerja kuat seperti biasa.

"Kita akan terus buat kerja, biar rakyat yang tentukan apabila tiba masanya nanti," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!