Lagu khas buat pemberi misteri

Gambar yang dikongsikan Nur Aqeela di laman Facebook Nur Aqeela Yang Tabah.
Gambar yang dikongsikan Nur Aqeela di laman Facebook Nur Aqeela Yang Tabah.
A
A
A

INGAT tak sebelum ini tular perkongsian seorang gadis di laman Facebook berhubung 'nota misteri' dan wang tunai sebanyak RM150 bersama nota tersebut supaya dia menghidupkan cukai jalan kereta miliknya.

Susulan itu, pemilik Facebook tersebut, Nur Aqeela Mohamed Ridzuan, 27, telah mencipta lagu sebagai tanda penghargaan buat insan misteri itu.

Malah dia juga yakin pemberi misteri itu akan melihat hantarannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Rezeki' nota misteri di kereta

No Image Caption

Katanya, hobinya suka menyanyi sambil bermain gitar dan disebabkan insiden itu, membuatkan dia terharu sehingga tercipta lagu untuk 'dia'.

Pemberi misteri, siapakah engkau..

Membuatku tertanya, hingga ke hari ini..

Artikel Berkaitan:

Pemberi misteri, ku tak akan lupa..

Kenangan terindah, tersemat dalam hati..

Pemberi berhati mulia..

Ingin ku ucapkan terima kasih..

Tak mungkin dapat ku balas..

Segala yg telah kau beri..

Pemberi berhati mulia..

Ku doakan hidup kau sejahtera..

Semoga kita berjumpa..

Mungkin di akhirat nanti..

Pemberi misteri....

Nur Aqeela juga turut mendoakan semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan dan limpahi rezeki berterusan buat pemberi misteri itu.

Katanya, selepas ceritanya tular, si pemberi misteri ada meninggalkan nota balas dengan lima muka surat, 10 hari selepas nota pertama.

Bagaimanapun, isi kandungan penuh tidak mahu dikongsikan kerana bimbang ia disalah tafsirkan oleh warganet.

Namun untuk Sinar Harian Online, dia meringkaskan sedikit sebanyak nota balas dari pemberi misteri itu.

"Berkat dari perkongsian dan doa dari orang ramai, salam terima kasih dari saya itu dia sudah terima. Alhamdulillah.

"Dia bukan tak sudi jumpa saya tapi dia tak mahu niat bersedekah itu terpesong bila orang kenal dia. Dia nak sedekah itu antara dia dan ALLAH sahaja tahu.

"Dia tak sangka benda ini viral tapi dalam masa yang sama dia ucapkan terima kasih sebab berkat doa dari orang ramai, banyak urusan dia jadi lancar dan mudah sekarang," katanya.

Ceritanya lagi, pemberi misteri itu turut sedih dengan kecaman dan kata-kata negatif dari orang ramai dan dia nasihatkan saya untuk abaikan komen yang tak baik.