'Haziq sentiasa ingatkan kawan-kawan'

Gambar kenangan Allahyarham Muhammad Haziq bersama bapanya.
Gambar kenangan Allahyarham Muhammad Haziq bersama bapanya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - “Allahyarham Muhammad Haziq sentiasa ingat kawan-kawan, dia sempat mengucapkan selamat berjaya kepada kami yang bertanding perlawanan ragbi, Rabu lalu di Instagram,” demikian kata Muhammad Fikri Khiruddin, 17.

Muhammad Fikri merupakan rakan sekelas Allahyarham Muhammad Haziq sejak tingkatan satu sehingga tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Empat, Bandar Baru Bangi, di sini.

Memetik laporan Utusan Online, Allahyarham Muhammad Haziq dikenali dalam kalangan rakan-rakan sebagai sahabat yang prihatin.

“Sebagai rakan, sudah tentu saya terasa dengan pemergian Allahyarham dan alhamdulillah pihak sekolah telah mengadakan tahlil untuknya tadi,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Haziq, damailah kau di sana...

Katanya lagi, kali terakhir dia bertemu sahabatnya itu pada Disember tahun lalu ketika Allahyarham pulang bercuti di tanah air.

Terdahulu, Jenazah Muhammad Haziq yang maut dalam serangan pengganas kulit putih di dua masjid di Christchurch pada Jumaat lalu, selamat dikebumikan jam 12 tengah hari tadi waktu Malaysia (5 petang waktu New Zealand).

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pagi tadi, mengesahkan Muhammad Haziq Mohd Tarmizi merupakan antara 50 mangsa yang terkorban dalam tembakan rambang di Masjid Al Noor dan Linwood, Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan:

Ketika kejadian pada jam 1.40 tengah hari waktu New Zealand itu, Mohd Tarmizi bersama Muhammad Haziq dan seorang lagi anaknya, Mohd Haris, 12, hadir untuk menunaikan solat Jumaat di masjid itu.

Mohd Haris terselamat tetapi trauma, manakala Mohd Tarmizi parah.