Sila log masuk terlebih dahulu.

Dos ketiga untuk Sinovac

25 Mac 2022 | AUDIO BUZZ
A
A
A

AUDIO BUZZ 25 MAC 2022

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan, dianggarkan lebih dua juta penerima vaksin jenis Sinovac yang tidak mengambil dos penggalak akan hilang status lengkap vaksinasi mereka pada 1 April ini.

Beliau berkata, ketika ini sebanyak 2.09 juta penerima Sinovac belum menerima dos penggalak.

Khairy berkata, bagi menggalakkan penerima vaksin jenis itu mendapatkan suntikan penggalak, perbincangan dengan Singapura juga turut dilakukan susulan persetujuan kedua-dua negara membenarkan pengembara lengkap vaksinasi merentas sempadan darat tanpa menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian Covid-19.

Baca artikel penuh DI SINI

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Sinovac