Haziq remaja hebat: Guru

A
A

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Allahyarham Muhammad Haziq Mohd Tarmizi,17, yang meninggal dunia dalam serangan keganasan di Masjid Al Noor disifatkan sebagai seorang remaja hebat.

Ia diakui sendiri oleh Pengetua Sekolah Tinggi Burnside, Phil Holstein iaitu tempat Muhammad Haziq belajar.

"Dia seorang remaja hebat yang sangat menghormati rakan-rakan dan gurunya, bersungguh-sungguh, bermotivasi dan mahu melakukan yang terbaik.

"Guru-guru menyedari keyakinan Muhammad Haziq semakin bertambah dalam masa singkat sejak dia di sini, seperti kata seorang guru, dia sudah bersedia untuk berkembang," katanya seperti dilaporkan laman stuff.co.nz.

Laman itu turut menyatakan, Muhammad Haziq merupakan pelajar Tahun 12 di sekolah tersebut dan memperoleh beberapa pencapaian cemerlang tahun lalu.

Sekolah tersebut turut mengadakan perhimpunan pada hari ini bagi memaklumkan kematian Muhammad Haziq.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Hidung, bibir Haziq merah seperti masih hidup'

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah Haziq tersenyum

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Mohd Haziq selamat dikebumi

Allahyarham yang merupakan warga Malaysia antara 50 mangsa terkorban dalam serangan melibatkan dua masjid di sini, minggu lalu.

Jenazah Muhammad Haziq selamat dikebumikan di Memorial Park Cemetery Bromley di Linwood, selepas Zuhur waktu tempatan, hari ini.