Polis kesan dua saksi penting kes dadah

PDRM sedang mengesan dua lelaki sebagai saksi penting berhubung perbicaraan kes dadah di Mahkamah Tinggi Jenayah Shah Alam.
PDRM sedang mengesan dua lelaki sebagai saksi penting berhubung perbicaraan kes dadah di Mahkamah Tinggi Jenayah Shah Alam.
A
A
A

KAJANG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan dua lelaki yang merupakan saksi penting berhubung perbicaraan kes dadah di Mahkamah Tinggi Jenayah Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kedua-dua lelaki terbabit diperlukan untuk hadir sebagai saksi semasa perbicaraan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 pada 16 dan 17 Mei.

"Rayvendran Surinder Dass, 33, dikesan tinggal di alamat terakhir di No 51A Taman Dato Senu 10/48, 51000, Sentul, Kuala Lumpur manakala lelaki kedua dikenali sebagai Gunalan Subramaniam, 30, dikesan tinggal di alamat terakhir di No FF 50 Lorong Aman 2A Kajang Utama 43000, Kajang, Selangor," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, dua lelaki terbabit diminta tampil sendiri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang atau hadir ke Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Shah Alam pada tarikh tersebut.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Annuar Abdullah di talian 011-31313924 atau 03-89114222," katanya.

Artikel Berkaitan: