Enam pendaki berjaya tawan Everest Base Camp

Awang Askandar (dua dari kiri) bersama peserta pendakian bersyukur selamat tiba di puncak Everest Base Camp selepas 10 hari mengharungi pelbagai cabaran sepanjang pendakian.
Awang Askandar (dua dari kiri) bersama peserta pendakian bersyukur selamat tiba di puncak Everest Base Camp selepas 10 hari mengharungi pelbagai cabaran sepanjang pendakian.
A
A
A

ALOR SETAR - Enam peserta Misi Pendakian ke Everest Base Camp termasuk Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub selamat tiba di puncak Everest Base Camp pada jam 6.25 pagi waktu Malaysia atau 3.49 pagi waktu Nepal pada Khamis.

Awang Askandar berkata, salah seorang daripada mereka tidak dapat meneruskan misi ke puncak kerana kekurangan oksigen.

Walau bagaimanapun katanya, ia tetap tidak mematahkan semangat buat peserta yang lain meneruskan pendakian ke puncak.

"Setelah 10 hari mengharungi cabaran trek dengan pelbagai bentuk muka bumi, oksigen yang rendah, keadaan yang sejuk serta mental dan fizikal perlu kuat.

Awang Askandar (kanan) bersama peserta Misi Pendakian ke Everest Base Camp mengibarkan bendera Kedah di puncak Everest Base Camp selepas tiba pada jam 6.25 pagi waktu Malaysia.
Awang Askandar (kanan) bersama peserta Misi Pendakian ke Everest Base Camp mengibarkan bendera Kedah di puncak Everest Base Camp selepas tiba pada jam 6.25 pagi waktu Malaysia.

"Kami akhirnya berjaya tiba di puncak yang membuatkan semua peserta menitiskan air mata tanda gembira, syukur serta puas," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Menurutnya, ia juga satu lakaran kejayaan yang manis kerana dapat mengibarkan bendera Malaysia, Kedah dan APM pada Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam Kali Ke-70 Tahun iaitu pada 24 Mac.

"Tahniah diucapkan kepada semua termasuk pasukan dari CDERT Lions Club, CDERT GPMS Kuala Kedah, Kolej Komuniti Sungai Petani dan Universiti Utara Malaysia (UUM)," katanya.

Artikel Berkaitan: