Nelayan terkejut temui mayat bayi dalam beg galas

Zulkifli Mat Deris
Zulkifli Mat Deris
A
A
A

PERMAISURI - Mayat bayi lelaki ditemukan seorang nelayan dalam sungai berhampiran jeti Beris Tok Ku, dekat Bandar Permaisuri petang tadi.

Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui di dalam sebuah beg galas kira-kira jam 4 petang.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, lelaki yang sedang mencari bubu dengan perahu di kawasan itu telah ternampak satu beg galas di permukaan sungai berkenaan.

Menurutnya, nelayan tersebut yang ingin mengetahui kandungan dalam beg tersebut telah mengambil beg itu sebelum membukanya.

"Dia terkejut kerana mendapati dalam beg itu rupa-rupanya mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat lalu menghubungi polis " katanya.

Zulkifli berkata lagi, mayat bayi lelaki itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat.

Menurutnya, polis menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti individu bertanggungjawab di sebalik kejadian ini.

“Orang ramai yang adai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Artikel Berkaitan: