Askar Chechen kuasai balik dewan bandar Mariupol

Kereta kebal-kereta kebal pro-Rusia bergerak di pinggir bandar Mariupol, Ukraine baru-baru ini. - Foto Reuters
Kereta kebal-kereta kebal pro-Rusia bergerak di pinggir bandar Mariupol, Ukraine baru-baru ini. - Foto Reuters
A
A
A

KIEV - Pemimpin Chechen, Ramzan Kadyrov pada Khamis menyatakan bahawa pasukan dari wilayahnya telah menguasai sebuah dewan bandar raya di Mariupol di tenggara Ukraine.

Kadyrov membuat kenyataan itu menerusi aplikasi Telegram dari Chechen.

Menurutnya, seorang ahli parlimen Rusia, Adam Delimkhanov telah berjaya berkomunikasi dengan askar-askar Chechen di bandar pelabuhan tersebut.

Kadyrov berkata, askarnya itu telah bercakap menerusi radio menyatakan bahawa bangunan pihak berkuasa Mariupol berjaya dikuasai semula.

Akaun Telegramnya itu mempunyai lebih 1.4 juta pengikut.

Bekas pemberontak yang bertukar menjadi sekutu Rusia itu menyatakan bahawa pihak penentang Rusia di Ukraine yang masih hidup tidak mengambil risiko sebaliknya telah melarikan diri.

"Unit-unit lain bergerak dan membersihkannya dari kotoran Azov," tambahnya yang merujuk kepada Batalion Azov di Mariupol.

Dalam video yang dikeluarkan beberapa jam kemudian, Kadyrov menyatakan pasukan Moscow telah 'membebaskan' sepenuhnya kawasan perumahan di bahagian timur kota daripada pihak penentang Rusia.

Artikel Berkaitan:

Rakaman itu menunjukkan sekumpulan tentera menaikkan bendera yang tertera gambar pemimpin Chechen di atas bangunan yang rosak.

Beliau juga memberitahu, jika dizinkan Tuhan Mariupol akan 'dibebaskan' daripada para penentang Rusia. - AFP