Peruntukan SIS untuk bantu kumpulan perlu pembelaan: Hannah

Hannah Yeoh
Hannah Yeoh
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata, kementeriannya memberikan bantuan kepada Sisters in Islam (SIS) bagi membolehkan mereka membantu golongan wanita yang memerlukan pembelaan.

Katanya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu telah melakukan kerja yang menyeluruh bagi membantu golongan yang memerlukan pembelaan, dengan memberikan bantuan guaman secara percuma kepada wanita.

“Portfolio saya adalah membantu golongan yang memerlukan pembelaan, kami tidak melihat kepada isu agama, dan NGO seperti SIS merupakan mereka yang memberikan bantuan kepada golongan sasar ini.

"Kami merasakan kerja mereka adalah menyeluruh, mereka telah berikan bantuan guaman kepada lebih 8,000 orang.

“Kami akan bantu mereka dan peruntukan yang diberikan adalah di bawah saya sebagai timbalan menteri, saya beri apa yang dibenarkan, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Hannah mengulas mengenai isu pemberian peruntukan RM20,000 kepada SIS yang dibangkitkan parti pembangkang. - Bernama

Artikel Berkaitan: