Sabah laksana simulasi khas persediaan kemasukan pelancong

Joniston (tengah) menyaksikan simulasi bagi menerima kedatangan pelancong yang diadakan di KKIA.
Joniston (tengah) menyaksikan simulasi bagi menerima kedatangan pelancong yang diadakan di KKIA.
A
A
A

KOTA KINABALU - Satu simulasi khas diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, sebagai persediaan untuk menerima kedatangan pelancong ke Sabah sempena pembukaan sempadan negara 1 April depan.

Simulasi itu melibatkan pemain industri pelancongan dan pihak penguat kuasa bagi mengenal pasti sebarang kesukaran yang berlaku sebelum kemasukan pelancong sebenar sebaik sempadan negara dibuka minggu depan.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai berkata, dijangka kehadiran pelancong luar ke negeri ini akan meningkat.

"Hari ini, saya berpeluang untuk melihat simulasi dan menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) bagi ketibaan pelawat ke Sabah dan kita menjangkakan kehadiran pelancong yang ramai di KKIA, pada minggu depan.

"Latihan simulasi ini sangat penting bagi membolehkan kita mengukur tahap kesediaan pelbagai pihak yang terlibat dan membuat tambah baik di mana yang perlu," katanya ketika hadir menyaksikan simulasi itu, pada Khamis.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin; Pengarah Imigresen Sabah, Sh Sitti Saleha Habib Yussof dan Pengurus Kanan KKIA, Sunif Naiman.

Joniston yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah berkata, wakil persatuan membabitkan industri pelancongan yang hadir pada simulasi itu turut mendapat perkongsian input untuk tujuan penambahbaikan ketibaan pelancong.

"Antara penambahbaikan kritikal, pelawat antarabangsa hanya diperlukan untuk menjalani ujian air liur untuk saringan Covid-19 dan bukan ujian RTK-Ag seperti yang diputuskan sebelum ini," katanya.

Artikel Berkaitan: