Ejen insurans ditemukan mati dalam bilik

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang ejen insurans wanita ditemukan mati di dalam bilik sebuah pangsapuri di Seksyen 7 di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Ahmad Subhaan Mohamed berkata, mayat Rosidah Mohammad, 48, ditemui pada kira-kira pukul 9.10 pagi.

Beliau berkata, lapan anggota termasuk pegawai bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 8.58 pagi, oleh seorang daripada anaknya yang gagal menghubungi wanita itu.

"Sebaik tiba, pintu rumah dan biliknya didapati berkunci sehingga memaksa pihak bomba memotong mangga untuk masuk. "Pemeriksaan di bilik rumah itu seterusnya menemui Rosidah dalam keadaan terlentang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Subhaan berkata wanita itu kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kes itu yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Bernama

Artikel Berkaitan: