Mati syahid walau bukan dalam peperangan: Mufti Pahang

Muhammad Haziq Mohd Tarmizi
Muhammad Haziq Mohd Tarmizi
A
A
A

KUANTAN - Walaupun Allahyarham Muhammad Haziq Mohd Tarmizi tidak terkorban di dalam peperangan namun kematian remaja tersebut tergolong di kalangan mati syahid, demikian menurut Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Beliau berkata, mati syahid dikategorikan dalam dua keadaan iaitu syahid dunia serta akhirat dan kematian remaja berkenaan dalam kejadian 15 Mac lalu termasuk dalam kategori syahid akhirat.

Menurutnya, walaupun jenazah Muhammad Haziq tidak meninggal dunia dalam peperangan sebaliknya ditembak dalam serangan pengganas tetapi ia perlu diuruskan seperti biasa.

"Kematiannya tergolong dalam mati syahid akhirat kerana ia berlaku secara tiba-tiba ketika dia berada di dalam masjid.

"Dia tetap dikira syahid walaupun tidak terkorban di dalam peperangan. Kita doakan dia bersama syuhada di sisi ALLAH SWT," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, jika mati dalam peperangan, memanglah tidak perlu dimandikan, tetapi dalam kes ini dia diserang dan ditembak.

"Bagaimanapun, ia tetap dalam kategori mati syahid.

"Semoga keluarga ini tabah menghadapi situasi ini.

Artikel Berkaitan:

"Marilah sama-sama berdoa supaya Muhammad Haziq ditempatkan bersama solihin dan diberi ganjaran syurga oleh ALLAH SWT," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Hidung, bibir Haziq merah seperti masih hidup'

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah Haziq tersenyum

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Mohd Haziq selamat dikebumi

Kementerian Luar awal pagi ini mengesahkan bahawa Muhammad Haziq,17, terbunuh manakala bapa Muhammad Haziq, Mohd Tarmizi Shuib juga cedera dalam serangan itu dan menerima rawatan.

Dua lagi rakyat Malaysia yang cedera ialah Muhammad Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad.