Waqaf korporat reformasi ekonomi Malaysia

(Dari, kanan) Mohammad Sahar, Abdulrahman Obaid, Menteri Awqaf Saudi Arabia dan Pengarah Awqaf King Abd Aziz University, Dr Esam Kouthr.
A
A

JEDDAH - Timbalan Pengerusi AWQAF Holdings Berhad (AWQAF), Mohamad Sahar Mat Din menyatakan hasrat untuk membina jaringan kerjasama dengan perwakilan dari negara-negara Arab untuk berkolaborasi dengan AWQAF dalam menjadikan wakaf sebagai sektor ekonomi ketiga di dunia.

Menurutnya, hasrat itu disuarakan pada pembentangan kertas kerja yang bertajuk Reformasi Ekonomi Malaysia - Pelaksanaan Agenda Waqaf Korporat di Forum Saudi and Malaysian Experiences in Waqf Management & Investment.

"AWQAF telah menerima jemputan daripada Kerajaan Arab Saudi untuk menghadiri forum tersebut anjuran International Institute of Islamic Waqf & King Abdul Aziz University Endowment (WAQF) yang telah diadakan di Perpustakaan Awam Raja Fahd, Jeddah.

"Di antara objektif perlaksanaan forum ini adalah bagi meluaskan lagi sesi perkongsian pengalaman dalam pengurusan dan pelaburan wakaf, malah menyumbang kepada pembangunan sumber manusia khusus dalam pengurusan wakaf.

"Selain itu, forum ini juga bertujuan untuk menyediakan solusi yang praktikal dan saintifik bagi menghadapi cabaran perlaksanaan endowmen seterusnya menyumbang kepada pembangunan industri wakaf di Arab Saudi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Wakil Malaysia yang turut menghadiri forum tersebut adalah Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azlan Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR), Ruslan Said serta turut dihadiri Presiden Universiti Raja Abd Aziz, Abdulrahman Obaid Al-Youbi.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia