Neymar pemain profesional

Paqueta (kiri) menyangkal dakwaan Neymar hadir ke sesi latihan PSG dalam keadaan mabuk.
Paqueta (kiri) menyangkal dakwaan Neymar hadir ke sesi latihan PSG dalam keadaan mabuk.
A
A
A

PEMAIN Brazil, Lucas Paqueta menolak dakwaan rakan sepasukannya Neymar hadir ke sesi latihan bersama Paris Saint Germain (PSG) dalam keadaan mabuk dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai satu pembohongan.

Menurut Paqueta, perkara tersebut sangat mustahil untuk dilakukan oleh Neymar kerana bekas pemain Barcelona itu merupakan seorang individu yang profesional terhadap kariernya.

“Saya langsung tidak percaya apabila orang ramai bercakap mengenai perkara tersebut. Ia satu tindakan yang biadab kerana menyebarkan maklumat palsu seperti itu.

“Walaupun Neymar tidak pernah mengulas mengenai dakwaan tersebut saya percaya ia satu pembohongan. Saya percaya Neymar seorang pemain yang profesional.

“Neymar merupakan pemain yang hebat, dan seorang individu yang memiliki bakat luar biasa. Tanpa ragu-ragu dia adalah pemain terbaik kami dalam pasukan Brazil,” katanya.

Media melaporkan Neymar hadir ke sesi latihan bersama PSG dalam keadaan mabuk selepas melalui saat yang sukar di Parc Des Princes apabila diejek dirinya diejek bersama Lionel Messi susulan kelab itu tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Dalam pada itu pemain tengah Lyon itu berkata, dia percaya khabar angin yang melibatkan Neymar itu tidak akan memberi kesan kepada pasukan Brazil.

“Khidmatnya adalah satu keistimewaan terutama. Apabila Neymar ada di sisi, saya akan lebih selesa, begitu juga dengan semua rakan sepasukan.

Artikel Berkaitan:

"Saya rasa dia juga berasakan perkara yang sama, kami saling memberikan motivasi dan ia menjadikan kami lebih mantap," katanya.