PH Melaka yakin tepati janji manifesto

Adly ditemui selepas tamat Persidangan Pertama Penggal Kedua DUN Melaka ke-14 di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, hari ini.
Adly ditemui selepas tamat Persidangan Pertama Penggal Kedua DUN Melaka ke-14 di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kerajaan negeri PH yakin dapat menepati janji manifesto pada PRU14 dalam tempoh lima tahun inI.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, dalam tempoh hampir setahun mengambil alih pentadbiran negeri, PH Melaka telah berjaya melaksanakan 50 peratus daripada 85 tawaran manifesto.

Menurutnya, antara janji-janji yang diberikan termasuk dua perkara yang berkaitan dengan kebajikan rakyat dan menjadi fokus utama iaitu jalan raya kerana ia melibatkan soal keselamatan dan masa serta perumahan yang mana tawaran berhubung perkara itu akan dapat dilihat pada April depan.

"Kita (kerajaan PH) memerlukan tempoh lima tahun untuk tunaikan janji kerana sebahagian daripada manifesto itu melibatkan dana atau peruntukan yang perlu diluluskan di peringkat Pusat.

"Sebahagian daripada tawaran manifesto itu perlu tempoh tapi kita yakin semua janji itu boleh dilaksanakan," katanya ketika ditemui selepas tamat Persidangan Pertama Penggal Kedua DUN Melaka ke-14 di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Jelas Adly, antara faktor PH memerlukan tempoh kerana sebahagian daripada tawaran manifesto melibatkan pinjaman mikrokredit yang akan disalurkan menerusi peruntukan daripada Kerajaan Pusat.

"Pinjaman atau modal itu memerlukan kelulusan daripada Kerajaan Pusat dan kebiasaannya ia akan diterima oleh peminjam pada tahun kedua dan itu yang kitakan ia mengambil sedikit masa," katanya.

Artikel Berkaitan: