Majlis angkat sumpah Exco Johor Sabtu ini

Onn Hafiz ( tengah) mempersembahkan nama barisan Exco baharu kepada Sultan Ibrahim pada Khamis. - Foto Facebook Onn Hafiz
Onn Hafiz ( tengah) mempersembahkan nama barisan Exco baharu kepada Sultan Ibrahim pada Khamis. - Foto Facebook Onn Hafiz
A
A
A

JOHOR BAHRU - Majlis angkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor dijangka berlangsung Sabtu ini selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, senarai barisan Exco terlibat sudah dipersembahkan kepada Sultan Ibrahim pada pagi Khamis.

"Sultan Ibrahim memperkenankan majlis angkat sumpah Exco diadakan pada Sabtu ini di Balai Menghadap, Istana Bukit Serene.

"Menjunjung kasih Tuanku," katanya di laman Facebooknya pagi Khamis.

Pada 15 Mac lalu, Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-19 di hadapan Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene.

Beliau menggantikan Datuk Seri Hasni Mohammad, yang dilantik sebagai Menteri Besar ke-18 pada 28 Februari 2020.

Artikel Berkaitan: