Covid-19: 65 kematian baharu direkodkan

KKM melaporkan sebanyak 65 kematian baharu akibat Covid-19 pada Rabu. Foto hiasan
KKM melaporkan sebanyak 65 kematian baharu akibat Covid-19 pada Rabu. Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 65 kematian baharu akibat Covid-19 pada Rabu.

Menurut laman sesawang CovidNow, daripada jumlah tersebut, sebanyak 15 kes adalah kematian di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID) menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 34,600.

Sementara itu, bagi kategori BID pula, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 7,284 kes.

Laporan berkenaan turut memaklumkan purata 27 kematian direkodkan daripada sejuta populasi bagi tempoh dua mingu lepas.

KKM turut merekodkan 22,109 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 4,021,730.

Daripada jumlah itu, 241,114 individu atau 96.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 1,366 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 6,051 kes dirawat di hospital dan 332 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Artikel Berkaitan:

Kes ICU membabitkan 141 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 189 lagi memerlukan mesin ventilator.