Arul puas hati prestasi pemain kebangsaan dalam MHL

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal (empat, kiri) menerima replika kunci kenderaan utiliti sukan (SUV) daripada Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto Berhad, Datuk Seri Ben Yeoh (lima, kanan) di Majlis Memperkenalkan Penaja Rasmi Automotif KHM di Bilik Pameran Jualan Peugeot Gleanmarie, pada Rabu. - Foto Bernama
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal (empat, kiri) menerima replika kunci kenderaan utiliti sukan (SUV) daripada Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto Berhad, Datuk Seri Ben Yeoh (lima, kanan) di Majlis Memperkenalkan Penaja Rasmi Automotif KHM di Bilik Pameran Jualan Peugeot Gleanmarie, pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

KETUA jurulatih hoki kebangsaan A Arul Selvaraj memuji aksi yang ditampilkan oleh pemain-pemain kebangsaan yang beraksi dalam kempen Liga Hoki Malaysia (MHL) 2022.

Beliau berkata, walaupun terdapat penurunan sebanyak 10 peratus daripada ‘kerja’ atas padang oleh pemain-pemain terlibat, namun itu tidak mencacatkan rentak kecemerlangan mereka ketika beraksi dalam perlawanan.

"Kita menggunakan teknologi GPS (Global Positioning System) untuk melihat perkembangan workload pemain. Walaupun ada sedikit penurunan tetapi saya masih gembira dengan prestasi ditunjukkan oleh kesemua pemain setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd sebagai penaja kenderaan rasmi Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) di sini, pada Rabu.

Tundukkan pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) (30 mata) 3-2 dalam aksi terakhir liga yang penuh dramatik di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu semalam.

Saingan LHM diteruskan dengan empat pasukan teratas liga - THT, TNB, Maybank dan UiTM - berentap dalam Piala TNB bermula Jumaat ini.

Arul berkata, pihaknya merancang menyelesaikan pemilihan pemain skuad kebangsaan selewat-lewatnya minggu depan.

"Kita kesuntukan masa untuk bentuk pemain baharu, jadi saya setakat ini hanya memilih pemain yang sedia untuk bermain. Berkemungkinan besar 28 pemain yang disenaraikan pada bulan lepas akan dikekalkan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal berkata, skuad The Speedy Tigers dan Malaysian Tigress berada di tahap baik untuk mengharungi jadual padat kalendar hoki antarabangsa tahun ini.

Beliau berkata, skuad Malaysian Tigress akan berlepas ke Afrika Selatan pada Ahad ini bagi bersaing di Piala Dunia Remaja Wanita di Potchefstroom, Afrika Selatan dari 1 hingga 12 April.

"Bagi skuad lelaki pula, Arul sedang mempersiapkan anak buahnya untuk membuat latihan di luar negara sebelum memulakan saingan Piala Asia di Jakarta, Indonesia pada 23 Mei hingga 1 Jun.

"Jika The Speedy Tigers berada di tempat keempat terbaik kita akan akan layak beraksi di Piala Dunia di India pada 2023 dan saya amat berharap pasukan negara dapat membuat yang terbaik,” katanya. - Bernama