309 kematian akibat Covid-19 di Kedah

Kedah merekodkan jumlah keseluruhan kematian disebabkan Covid-19 ialah 2,956 orang sehingga 15 Mac lalu. (Gambar kecil: Dr Mohd Hayati)
Kedah merekodkan jumlah keseluruhan kematian disebabkan Covid-19 ialah 2,956 orang sehingga 15 Mac lalu. (Gambar kecil: Dr Mohd Hayati)
A
A
A

ALOR SETAR - Kedah merekodkan 309 kematian kes Covid-19 menjadikan kadar kematian tertinggi berbanding negeri lain di Malaysia dalam tempoh tiga bulan pertama pada 2022.

Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, sehingga 15 Mac lalu jumlah keseluruhan kematian disebabkan Covid-19 di Kedah ialah 2,956 orang atau 1.07 peratus daripada jumlah kes disahkan Covid-19.

Menurutnya, berdasarkan data CovidNow pada 21 Mac 2022, kadar kematian Covid-19 di Kedah secara keseluruhan adalah 11 kematian bagi setiap 10,000 penduduk yang mana lebih rendah berbanding Lembah Klang dan beberapa negeri lain.

"Bagaimanapun, Kedah mencatatkan 309 kematian Covid-19 sehingga 15 Mac tahun ini menjadikan kadar kematian tertinggi berbanding berbanding negeri lain dalam Malaysia setanding dengan beberapa negeri jiran.

"Daripada jumlah 309 kematian itu, 216 daripadanya atau 69.9 peratus direkodkan di hospital manakala 93 kes ataupun 30.1 peratus lagi melibatkan kematian di luar hospital (BID)," katanya dalam ucapan penggulungan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Rabu.

Dr Mohd Hayati berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 269 kematian bersamaan 87.1 peratus adalah disebabkan belum menerima dos penggalak.

Sehubungan itu, katanya, promosi kesihatan yang dilancarkan kini memberi tumpuan kepada pengambilan dos penggalak bagi orang dewasa terutamanya warga emas, penerima Sinovac dan mereka yang ada komorbid.

Tambah beliau, golongan berisiko turut dinasihatkan sentiasa memastikan penyakit kronik yang dihidapi mereka sentiasa terkawal pada tahap optimum.

Artikel Berkaitan:

"Orang awam diminta melakukan saringan RTK kendiri jika ada gejala atau kembali dari acara sosial yang sesak atau di tempat tertutup, seterusnya amalkan TRIIS (ujian kendiri).

"Lapor di MySejahtera, asingkan diri di rumah, maklumkan kontak dan dapatkan rawatan segera jika ia bertambah teruk," jelasnya.