PGA di Selangor perlu perhatian: Hasanuddin

Hasanuddin Mohd Yunus
Hasanuddin Mohd Yunus
A
A
A

SHAH ALAM - Kekuatan anggota dan kemudahan infrastruktur Pasukan Gerakan Am (PGA) di Selangor perlu ditambah bagi memantapkan lagi pemantauan dan penguatkuasaan di sempadan.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, antara aspek yang perlu diberikan perhatian ialah penambahbaikan kemudahan pos kawalan PGA selaras dengan penambahan anggota pasukan itu.

"Kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu menyediakan keperluan sewajarnya kepada anggota PGA di Selangor kerana ia dilihat agak dilupakan berbanding negeri lain.

"Saya melihat beberapa pos kawalan PGA di Selangor perlu penambahbaikan infrastruktur serta dinaik taraf dan ia perlu dilaksanakan dengan segera," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Jumaat lalu, media melaporkan penambahan dua Batalion PGA di Sabah diperlukan dalam usaha memantapkan pemantauan dan penugasan terutama di sempadan negeri itu.

Dalam pada itu, Hasanuddin berkata, bukan sahaja di Sabah tetapi sepanjang pesisir pantai di Selangor juga penting kerana ia sering menjadi tumpuan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan penyeludup memasuki negara.

Artikel Berkaitan: