Masak Apa Pun Dengan Faiza dapat sambutan, terima kasih Keluarga Malaysia

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Masak Apa Pun Dengan Faiza, satu pertandingan memasak secara dalam talian bagi musim pertama telah pun melabuhkan tirainya.

Syarikat Faiza Sdn Bhd telah melancarkan sebuah pertandingan memasak secara dalam talian dengan menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM14,000 bagi keseluruhan hadiah. Pertandingan memasak secara dalam talian ini julung kali diadakan berikutan norma baru masa kini akibat pandemik Covid-19.

Pertandingan Masak Apa Pun Dengan Faiza musim pertama telah bermula pada 30 Oktober 2021 dan memperoleh sebanyak 1,000 penyertaan dan sokongan yang datang dari pelbagai peringkat masyarakat. Pertandingan ini telah mendapat 82 penyertaan daripada 71 keluarga dan pengumuman pemenang telah berlangsung pada 20 Februari 2022.

No Image Caption

Bagi menghargai usaha dan sokongan para peserta pertandingan Masak Apa Pun Dengan Faiza musim pertama ini, Syarikat Faiza mengambil inisiatif untuk melancarkan E-Buku Kompilasi Resepi Terbaik Masak Apa Pun Dengan Faiza musim pertama.

E-Buku ini boleh didapati melalui QR Code yang dikongsikan dalam laman web rasmi Syarikat Faiza dan sosial media rasmi Masak Apa Pun Dengan Faiza (Facebook, Instagram dan Telegram).

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Pelancaran tersebut telah disempurnakan pada 6 Mac 2022 oleh Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff bersempena Sambutan Hari Wanita 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Hadir sama, Pengurus Besar Kanan, Syarikat Faiza Sdn Bhd, Dr Salwa Abu Bakar.

No Image Caption

Pertandingan Masak Apa Pun Dengan Faiza merupakan usaha murni Syarikat Faiza bagi berkongsi hadiah wang tunai kepada pengguna barangan jenama Faiza. Syarikat Faiza mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Keluarga Malaysia yang menyokong produk Faiza dan yang menyertai pertandingan ini.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pemenang dan terima kasih kepada semua yang menghantar video pertandingan. TERIMA KASIH KELUARGA MALAYSIA!

No Image Caption