Tanam ganja undang lebih banyak kes dadah

Mohamad Nazri Abdul Latiff
Mohamad Nazri Abdul Latiff
A
A
A

SHAH ALAM- "Itu cadangan karut!, tegas Gerakan Belia 4B Malaysia mengenai cadangan untuk penanaman ganja di negeri Selangor.

Setiausaha Agung Gerakan Belia 4B Malaysia Mohamad Nazri Abdul Latiff berkata dari segi sekatan undang-undang, umum mengetahuinya sebagai satu perkara yang salah.

"Dari segi asas undang-undang, ganja diklasifikasikan sebagai salah satu Dadah Merbahaya di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952.

"Ia meliputi aktiviti menanam, mengedar dan memiliki ganja merupakan satu kesalahan yang serius ada satu kesalahan yang membawa sehingga ke hukuman Gantung Sampai Mati, iaitu Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, individu yang ditangkap memiliki 200 gram atau lebih ganja, akan dituduh di bawah pengedaran dadah yang membawa hukuman mati," katanya.

Katanya, risiko peningkatan penyalahgunaan dadah begitu tinggi sekiranya cadangan komersialkan ganja ini diterima pakai.

"Statistik penyalahgunaan dadah tidak turun malah semakin meningkat hari ke hari.

"Melihat bahawa seharusnya menjadi perkara pokok untuk difikirkan dan mencadangkan kaedah-kaedah menurunkan jumlah penyalahgunaan dadah daripada memikirkan hendak membuat duit dengan komersial ganja," katanya.

Menurutnya, dalam soal lain, kita boleh bersetuju jika ianya benar-benar untuk perubatan dan membawa kebaikan kepada rakyat tetapi aspek perundangan dan implikasi penyalahgunaan mesti diambil serius.

Artikel Berkaitan:

"Namun setakat ini tiada sebarang kajian yang sah mengenai soal ganja ini baik untuk perubatan.

"Agak membimbangkan kerana kebelakangan ini banyak pihak dilihat mengeluarkan kenyataan seolah ingin menghalalkan penanaman ganja di negara ini," katanya.