Karya seni sepatutnya didik masyarakat: Mufti Pulau Pinang

Wan Salim
Wan Salim
A
A
A

GEORGE TOWN - Karya seni sepatutnya berperanan mendidik masyarakat, membentuk pemikiran dan perasaan mereka ke arah pembinaan sahsiah yang terpuji serta boleh menjadi contoh teladan kepada masyarakat terutama generasi baharu.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, karya seni juga boleh memacu masyarakat ke arah kemajuan dan kebaikan begitu juga sebaliknya mampu meruntun masyarakat ke jurang keburukan dan keruntuhan.

"Pemaparan detik-detik kelemahan seseorang terpaksa ‘mengalah’ kepada nafsu syahwat adalah tidak perlu ditonjolkan di dalam sebuah karya seni.

"Justeru itu, aspek ini tidak perlu ditonjolkan di dalam sebuah karya seni," katanya dalam kenyataan pada Selasa sebagai mengulas mengenai beberapa babak panas iklan acah sebuah drama yang tular menerusi media sosial.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, detik seseorang berada dalam keadaan lemah sehingga terpaksa tunduk kepada desakan nafsunya adalah detik paling rendah yang tidak wajar didedahkan kepada umum.

"Tetapi detik kekuatan insan dengan seseorang berjaya mengatasi desakan nafsu syahwatnya yang perlu menjadi ‘fokus’ bagi karya seni yang sesuai dengan kemuliaan insan selaku khalifah Allah di bumi.

"Tentu ramai yang bersetuju bahawa seni mempunyai pengaruh yang besar ke atas masyarakat dan penggiat seni tanah air sepatutnya membantu kerajaan untuk membangun negara sebagai satu negara yang rakyatnya mempunyai jati diri bermoral tinggi, berintegriti dan bermaruah atau menyumbang ke arah kesan sebaliknya," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: