Lagi skandal molka gempar Korea Selatan

Kamera mini yang disembunyikan dalam soket dinding.
Kamera mini yang disembunyikan dalam soket dinding.
A
A
A

SEOUL - KOREA SELATAN. Lebih 800 pasangan di Korea Selatan yang melakukan hubungan intim di motel dipertontonkan kepada umum secara live-streaming, menurut polis pada Khamis.

Kes terbaharu melibatkan kamera pengintai atau molka itu dilaporkan selepas Seoul digemparkan dengan perbuatan tidak senonoh segelintir lelaki di negara itu yang merakamkan wanita di sekolah, tandas dan tempat lain secara rahsia.

Jurucakap polis memaklumkan empat lelaki memasang kamera kecil dengan lensa berukuran hanya 1 milimeter lebar di 42 bilik di 30 motel disembunyikan di dalam pemegang pengering rambut, soket dinding dan kotak TV digital.

"Kemudian mereka bertindak menyiarkannya secara langsung selama 24 jam di dalam web yang mempunyai kira-kira 4,000 pelanggan dan turut dihoskan pada pelayar di luar nagara. Sebahagian penonton turut membayar 50,000 won (RM179) sebulan untuk akses kandungan 'eksklusif.

"Lebih 800 pasangan telah menjadi mangsa di laman tersebut sejak lebih tiga bulan lalu dan kebanyakan mereka sedang melakukan hubungan seks. Kira-kira 50 peratus daripada 1,600 mangsa adalah lelaki," jelas pegawai Agensi Polis Kebangsaan.

Geng itu memperoleh 7 juta won (RM25,184) daripada sindiket itu dan dua suspek telah diberkas manakala dua lagi sedang disiasat.

Di Seoul, motel merupakan pilihan yang berpatutan untuk kebanyakan pelancong dari luar dan tempatan selain menjadi destinasi popular bagi mereka yang mahukan privasi.

Pada 2017, lebih 5,400 individu telah diberkas untuk jenayah dikaitkan dengan spycam atau kamera pengintip di Korea Selatan, namun kurang daripada dua peratus dipenjarakan. - AFP

Artikel Berkaitan: