Pesawat terhempas: Tiada laporan rakyat Malaysia terbabit

Sebuah pesawat penumpang, China Eastern yang membawa 132 penumpang dilaporkan terhempas di barat daya China dan turut mencetuskan kebakaran di kawasan gunung.
Sebuah pesawat penumpang, China Eastern yang membawa 132 penumpang dilaporkan terhempas di barat daya China dan turut mencetuskan kebakaran di kawasan gunung.
A
A
A

PUTRAJAYA - Wisma Putra tidak menerima sebarang laporan penglibatan rakyat Malaysia dalam nahas pesawat China Eastern Airlines MU5735 yang terhempas di wilayah Guangxi.

Menerusi kenyataannya pada Selasa, Wisma Putra memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia di Beijing, Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming, Nanning dan Guangzhou, Republik Rakyat China sedang memantau rapi perkembangan kemalangan tersebut.

Kementerian Luar Negeri bagi pihak kerajaan Malaysia ingin menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan Republik Rakyat China dan keluarga mangsa yang terbunuh dalam kemalangan pesawat tersebut," katanya.

Pesawat China Eastern Airlines MU5735 yang dalam penerbangan penerbangan dari bandar Kunming ke Guangzhou dengan membawa 123 penumpang dan sembilan anak kapal dilapor terhempas pada Selasa.

Syarikat penerbangan itu mengesahkan terdapat kematian dalam insiden tersebut namun tidak memberikan butiran mengenai jumlah orang yang terbunuh.

Artikel Berkaitan: