X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Peniaga dakwa tepung tidak bersubsidi naik harga

Norzaidi menjual apam balik di gerainya di Seksyen 30.
A
A

Ada peniaga terpaksa menggunakan tepung tersebut kerana sukar mendapat bekalan tepung bersubsidi.

SHAH ALAM - Ramai peniaga mengeluh apabila harga tepung tidak bersubsidi dikesan mula meningkat sejak tiga minggu lalu.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa kawasan di sini pada Selasa mendapati harga tepung tidak bersubsidi meningkat sebanyak RM2.50 sehingga RM4 untuk 10 kilogram (kg).

Peniaga cakoi di Tapak Komersial Seksyen 7, Norsyanizatul Aliya Muhd Sani, 26, ketika ditemui mengakui harga tepung tidak bersubsidi yang dibelinya meningkat sebanyak RM4 daripada RM22 kepada RM26 untuk 10kg.

Norsyanizatul Aliya memberitahu mula menyedari kenaikan harga itu sejak dua minggu lalu tetapi pelanggan mungkin tidak menyedarinya jika hanya membeli satu pek.

Norsyanizatul Aliya
Norsyanizatul Aliya

"Kami beli secara borong dan terasa kenaikan harga tersebut. Ini juga menyebabkan modal untuk bahan mentah naik sebanyak 20 peratus," katanya.

Peniaga apam balik di Seksyen 30, Norzaidi Nordan, 36, terpaksa menggunakan tepung tidak bersubsidi selepas mendapati bekalan tepung bersubsidi sukar didapati dalam pasaran.

Disebabkan itu, dia terpaksa menanggung kos bahan mentah yang lebih tinggi berbanding sebelumnya.

"Tepung bersubsidi lebih murah iaitu sekitar RM1.50 sekilogram tetapi tepung tidak bersubsidi berharga RM2.50 sekilogram," katanya yang memulakan perniagaan itu kira-kira dua tahun lalu.

Selain itu, Mohd Fadli Abdullah, 38, yang sudah enam tahun berniaga cucur udang turut berdepan masalah dengan pembekal tepung tidak bersubsidi sebelum ini yang didakwa menaikkan harga sebanyak 50 sen daripada RM14.50 kepada RM15 untuk 10kg.

Mohd Fadli
Mohd Fadli

Bagaimanapun katanya, pembekal tetapnya sentiasa mengekalkan harga tepung tersebut pada harga berpatutan dan tidak membebankan pihaknya.

"Setakat ini pembekal masih kekalkan harga yang sama, jadi harga masih terkawal dan mampu untuk berniaga," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!