Nelayan warga Thailand dikhuatiri lemas selepas jatuh bot

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Seorang nelayan warga Thailand dikhuatiri lemas selepas didakwa terjatuh ke Sungai Kuantan dari bot nelayan di jeti berhampiran Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Adnan, 29, dikatakan terjatuh kira-kira 9 pagi, semasa sedang mengisi air batu ke dalam tong air batu di bot tersebut.

"Mangsa dikatakan terjatuh semasa bot sedang mengundur untuk keluar dari jeti. Rakan-rakan mangsa yang melihat kejadian cuba mencarinya, namun gagal," katanya semasa dihubungi di sini pada Selasa.

Wan Mohd Zahari berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diaktifkan melibatkan 34 pegawai dan anggota daripada polis, polis marin, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (Maritim) dan kumpulan nelayan. - Bernama

Artikel Berkaitan: